PAKAIAN WANITA KAUM IBAN
Bidang/ kain kebat/kain tenun
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang/kain kebat/kain tenun. Kain ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
Bedong/selampai
Wanita Iban juga memakai kain selendang atau selampai yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
Marek Empang
Marek empang atau Tango juga boleh dipanggil hiasan dada yang diperbuat dari manik dan berbola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban . Hiasan diri wanita iban, sarat dengan barangan perak seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi .
kredit: http://ibanclothing.blogspot.my/