Tuesday 22 September 2015



PAKAIAN WANITA KAUM IBAN



Bidang/ kain kebat/kain tenun

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang/kain kebat/kain tenun. Kain ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.


Bedong/selampai

Wanita Iban juga memakai kain selendang atau selampai yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.


Marek Empang

Marek empang atau Tango juga boleh dipanggil hiasan dada yang diperbuat dari manik dan berbola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban . Hiasan diri wanita iban, sarat dengan barangan perak seperti tali pinggang  berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi .

kredit: http://ibanclothing.blogspot.my/

Monday 21 September 2015

Pakaian Tradisional Iban

Selamat datang ke laman web Pakaian tradisional kaum iban di Sarawak, diharap dapat membantu anda untuk mencari jenis  dan nama setiap pakaian yang boleh digunakan semasa perayaan gawai dayak atau pada hari- hari tertentu . Pakaian ini boleh didapati di kedai kraftangan atau di rumah panjang kaum iban serta di kedai -kedai di seluruh Sarawak.



Tuan/puan boleh membuat tempahan dan bayaran ke akaun kami



kredit  : http://chelzlensaphotography.blogspot.my/2010/07/pakaian-orang-iban-ngepan.html